KONSEP PINGGIR PANTAI DAN PANTAI SEIMBANG
Tindakan Hakisan Ombak Pinggir Pantai
- 1. Pantai atau zon litoral bermaksud kawasan pantai yang menerima pengaruh ombak iaitu :
- Pantai belakang
- Pantai hadapan
- Perairan pinggir pantai ( bahagian pantai yang terdedah antara tikas air pasang dengan tikas air surut
- 2. Pinggir laut atau pantai merupakan timbunan sementara serpihan kelikir, pasir, pasir halus, lumpur, cengkerang, karang, siput laut, dan lain-lain di sepanjang pentas hakisan ombak yang terletak di antara tikas air surut dan had tertinggi yang boleh dicapai oleh tindakan ombak.
- 3. Ombak bermaksud kejadian gelombang atau alunan air laut yang mengalami geseran tiupan angin di permukaan laut.
- 4. Tiupan angin akan menggerakkan ombak ke hadapan dalam siri gelombang tinggi rendah bergantung kepada kelajuan angin.
- 5. Angin berpusar apabila ia bergeser dengan permukaan laut, dan ini menyebabkan permukaan laut berombak mengikut pusaran angin itu.
- 6. Ketinggian dan kekuatan ombak bergantung kepada kekuatan angin dan jarak laut dimana angin bertiup.
- 7. Air yang menyerbu ke pantai dinamakan damparan (swash) dan air ini akan mengalir ke laut seperti lurutan/ombak undur (backwash).
- 8. Ombak terdiri daripada dua jenis iaitu :
- ombak pembinasa => mengangkut dan memendapkan bahan muatannya di pinggir
pantai.
pantai.
- ombak pembina => menghakis dan memusnahkan jaluran pantai oyang dibina
oleh ombak pembina.
oleh ombak pembina.
Arus Lautan
- 1. Arus laut terdiri daripada arus lautan pesisir pantai dan arus lautan pembalik dasar.
- 2. Arus lautan bergerak dalam dua cara :
- Secara menegak – dari permukaan laut ke bawah atau ke atas dan secara mendatar di permukaan laut sebagai arus lautan.
- Secara mendatar – di permukaan laut sebagai arus lautan.
- 3. Arus lautan merupakan merupakan pergerakan arus di dasar laut atau di permukaan yang terhasil akibat perbezaan suhu air laut.
- 4. Air yang panas bersifat ringan sementara air yang sejuk adalah berat dan menghasilkan perolakan yang membentuk arus laut.
- 5. Arus pesisir pantai terbentuk hasil daripada perbezaan sudut damparan dan balikan ombak yang bergerak selari dengan pinggir pantai dan berupaya menyeret bersama bahan mendak.
- 6. Hanyutan pesisir pantai pula merupakan arus pesisir pantai yang bertemu dengan ombak yang datang secara menyerong atau hampir selari dengan pantai.
- 7. Tindakan ini menghasilkan damparan ombak berbentuk ziq-zaq dan menggalakkan berlakunya pemendapan beban muatan ke pantai.