CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 6 May 2012

Media pengajaran yang tidak menggunakan projektor dalam Geografi (Teknologi Dlam Pendidikan)

Pada tutorial ke-5 baru-baru ni yang xberapa nak baru dah ni, Pn. Fariza ada membincangkan tajuk yang ringan-ringan sebelum balik kampung (cuti! hehe), iaitu media tradisional yang digunakan dalam pengajaran.Namun, saya ingin berkongsikan mengenai penggunaan media pengajaran tradisional yang lebih berfokuskan kepada subjek Geografi sahaja. 

Walaupun hari ini telah banyak teknologi yang canggih (projektor) yang boleh digunakan dalam pengajaran-pembelajaran Geografi, namun pada saya penggunaan bukan projektor juga dilihat penting dalam konteks kepelbagaian pelajar. Media pengajaran ini bertindak sebagai alat sokongan dan peneguhan kepada penjelasan yang tepat tentang beberapa konsep, generalisasi, dan prinsip geografi yang sukar.


PERANAN MEDIA PENGAJARAN

1. Meransang dan memotivasikan minat yang mana konsep-konsep sukar sesuatu pelajaran akan dipermudahkan dan lebih senang difahami.

2. Memperkembangkan kefahaman dan corak pemikiran apabila penerangan guru bersama-sama penggunaan media pengajaran.

3. Mengekalkan pembelajaran dengan penggunaan gambar dan peta yang dapat memudahkan pemahaman dan andaian pelajar.

4. Menyediakan serta memberi pengalaman, sebagai contoh apabila melibatkan topik bentuk muka bumi gunung berapi.

5. Menambah ingatan pelajar.

6. Membantu pengajaran guru dalam mempelbagaikan pengajaran.

7.Meransang kegiatan murid-murid dan penyiasatan yang lebih mendalam.