CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 2 May 2012

GEMPA BUMI

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan beberapa gegaran gempa bumi di Acheh antaranya pada 11 April dan 24 April 2012. Gempa  bumi tersebut berlaku pada skala richter 8.9, dan kekuatannya dapat dirasai sehingga ke Malaysia. 


Jika kita lihat kepada sejarah, iaitu pada 27 Julai 1976 di Tangshan, China, satu gempa bumi besar berlaku yang menyebabkan 255,000 orang terkorban. Dalam tragedi itu, dianggarkan 690,000 orang dilaporkan  cedera serta bangunan hilang dalam sekelip mata. Skala kemusnahan sukar digambarkan tetapi semua skala gempa bumi terus berlaku sepanjang masa. 



APA YANG DIKATAKAN DENGAN GEMPA BUMI?

GEMPA bumi ialah gegaran bumi yang disebabkan oleh rekahan dan penganjakan sebahagian besar lapisan luar batuan bumi secara tiba-tiba. Pengolakan tenaga penyebab terjadinya gempa bumi akibat daripada pergerakan plat-plat tektonik. Tenaga yang dihasilkan dialirkan ke semua arah berupa gelombang gempa bumi sehingga kesannya dapat dirasakan sehingga ke permukaan bumi.


Proses Gempa
 
Proses perekahan oleh sesar atau penyesaran boleh dibandingkan dengan pergeseran dua bahan yang tegar di antara satu sama lain. Penyesaran di sepanjang sempadan di antara bahan atau blok boleh melambatkan atau memperlahankan blok tersebut. Tetapi bila berlaku perekahan maka pergerakan tersebut boleh mempengaruhi kawasan di sepanjang sempadan. Ia adalah sama seperti keping-keping litosfera yang bergerak dan berselisih antara satu sama lain secara perlahan melalui pergeseran sepanjang sempadannya. Kesimpulannya, batu di sepanjang sempadan mengalami peregangan (perubahan akibat daripada regangan). Apabila regangan pada batu melampaui daya batu tersebut, maka berlaku perekahan yang membentuk sesar.            

Sesar adalah rekahan yang panjang pada batuan di mana ia telah teranjak atau berpindah tempat di mana satu bahagian pada rekahan itu telah teralih daripada satu bahagian lagi. Patahan pada batu secara tiba-tiba membentuk gelombang gempa bumi atau gelombang seismik dan dikenali sebagai tahap pertama dalam manilai risiko gempa bumi (seismik) dalam sesuatu kawasan.
Jenis-jenis sesar adalah berdasarkan kepada arah pergerakan kepingan. Sesar strike-lip adalah sesar yang teralih secara mendatar, dikenali juga sesar lateral-kanan di mana kepingan bahagian kanan bergerak sepanjang jalur sesar. Jika lateral-kiri, ia bergerak pada bahagian kiri. Sesar yang bergerak secara menegak boleh jadi sesar songsang atau sesar normal bergantung kepada peralihan secara geometri.       

 Pergerakan sesar boleh berasosiasi dengan 'crustal shortening', begitu juga dengan pergerakan sar normal yang berasosiasi dengan 'crustal extension'. Terdapat juga sesar tenggelam (buried faults) di mana ia biasanya berasosiasi dengan batuan terlipat. Peralihan dan perekahan oleh sesar tenggelam tidak tersebar di permukaan walaupun dengan gempa bumi besar. 


nak tengok video?


Jenis-jenis Gempa Bumi


Gempa bumi tektonik

Gempa bumi tektonik disebabkan oleh perlepasan tenaga yang terhasil daripada geseran batuan di keretakan memanjang sepanjang batuan sempadan plat tektonik. Tenaga dihasilkan oleh tekanan antara batuan dikenali sebagai kecacatan tektonik. Kesan ini adalah seperti gelang getah ditarik dan dilepaskan dengan tiba-tiba.



Gempa bumi gunung berapi

Gempa bumi gunung berapi berlaku berdekatan dengan gunung berapi tetapi mempunyai cara keretakan memanjang yang sama dengan gempa bumi tektonik. Gempa bumi gunung berapi disebabkan oleh pergerakan magma ke atas dalam gunung berapi, di mana geseran pada batu-batuan menghasilkan gempa bumi.
Semasa magma bergerak ke permukaan gunung berapi, ia bergerak dan memecahkan batu-batuan. Ia mengakibatkan gegaran yang berterusan yang boleh bertahan dari beberapa jam hinggalah beberapa hari.


 


Gempa bumi gunung berapi berlaku di kawasan yang berdekatan dengan gunung berapi, seperti Pergunungan Cascade di barat Laut Pasifik, Jepun, Tanah Tinggi Iceland, dan titik merah gunung berapi seperti Hawaii.


Gempa bumi berlaku setiap hari di bumi, tetapi kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan kerosakan. Gempa bumi yang kuat mampu menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa yang besar melalui beberapa cara termasuk retakkan pecah (fault rupture), getaran bumi (gegaran) banjir disebabkan oleh tsuami, empangan pecah, pelbagai jenis kerosakan muka bumi kekal seperti tanah runtuh, tanah lembik, dan kebakaran atau perlepasan bahan beracun. 

 

 Dalam gempa bumi tertentu, sesuatu cara kemusnahan lebih menonjol, dan dalam sejarah setiapnya menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa yang teruk, tetapi kebanyakan gempa bumi, gegaran merupakan paling menonjol dan juga merupakan punca utama kerosakan.Gempa bumi boleh mencetuskan tanah runtuh, menyebabkan kerosakan serta kehilangan nyawa dan sekiranya ia terjadi di dasar lautan. Ia boleh mencipta siri ombak besar pemusnah yang dikenali sebagai tsunami atau ombak laut seismos seperti yang melanda Acheh pada 26 Disember 2004.



*renungan:
segala penyakit, ujian, dan musibah adalah datang dari Allah. Maka berlindunglah kepada-Nya.
nk share doa skit.
Add caption