CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 26 June 2012

HAKISAN

Apakah faktor tindakan hakisan berdasarkan video dibawah?

Thursday 17 May 2012

(geomorfologi pinggir pantai

KONSEP PINGGIR PANTAI DAN PANTAI SEIMBANG

Tindakan Hakisan Ombak Pinggir Pantai

  • 1.      Pantai atau zon litoral bermaksud kawasan pantai yang menerima pengaruh ombak iaitu :
-          Pantai belakang
-          Pantai hadapan
-          Perairan pinggir pantai ( bahagian pantai yang terdedah antara tikas air pasang dengan tikas air surut
  • 2.      Pinggir laut atau pantai merupakan timbunan sementara serpihan kelikir, pasir, pasir halus, lumpur, cengkerang, karang, siput laut, dan lain-lain di sepanjang pentas hakisan ombak yang terletak di antara tikas air surut dan had tertinggi yang boleh dicapai oleh tindakan ombak.
  • 3.      Ombak bermaksud kejadian gelombang atau alunan air laut yang mengalami geseran tiupan angin di permukaan laut.
  • 4.      Tiupan angin akan menggerakkan ombak ke hadapan dalam siri gelombang tinggi rendah bergantung kepada kelajuan angin.
  • 5.      Angin berpusar apabila ia bergeser dengan permukaan laut, dan ini menyebabkan permukaan laut berombak mengikut pusaran angin itu.
  • 6.      Ketinggian dan kekuatan ombak bergantung kepada kekuatan angin dan jarak laut dimana angin bertiup.
  • 7.      Air yang menyerbu ke pantai dinamakan damparan (swash) dan air ini akan mengalir ke laut seperti lurutan/ombak undur (backwash).
  • 8.      Ombak terdiri daripada dua jenis iaitu :
 - ombak pembinasa => mengangkut dan memendapkan bahan muatannya di pinggir
   pantai.
- ombak pembina  => menghakis dan memusnahkan jaluran pantai oyang dibina
   oleh ombak pembina.

Arus Lautan
  • 1.       Arus laut terdiri daripada arus lautan pesisir pantai dan arus lautan pembalik dasar.
  • 2.      Arus lautan bergerak dalam dua cara :
-          Secara menegak – dari permukaan laut ke bawah atau ke atas dan secara mendatar di permukaan laut sebagai arus lautan.
-          Secara mendatar – di permukaan laut sebagai arus lautan.
  • 3.      Arus lautan merupakan merupakan pergerakan arus di dasar laut atau di permukaan yang terhasil akibat perbezaan suhu air laut.
  • 4.      Air yang panas bersifat ringan sementara air yang sejuk adalah berat dan menghasilkan perolakan yang membentuk arus laut.
  • 5.      Arus pesisir pantai terbentuk hasil daripada perbezaan sudut damparan dan balikan ombak yang bergerak selari dengan pinggir pantai dan berupaya menyeret bersama bahan mendak.
  • 6.      Hanyutan pesisir pantai pula merupakan arus pesisir pantai yang bertemu dengan ombak yang datang secara menyerong atau hampir selari dengan pantai.
  • 7.      Tindakan ini menghasilkan damparan ombak berbentuk ziq-zaq dan menggalakkan berlakunya pemendapan beban muatan ke pantai.  

KULIT BUKU (teknologi dalam pendidikan)

as salam.. ok, kulit buku ini adalah antara tugasan individu ini telah diberikan.
meh, saya nak cerita-cerita sikit mengenai kulit buku yang telah saya hasilkan.

lokasi penggambaran : tangga Kolej Burhanuddin Helmi, UKM.
konsep yang dipilih : motivasi
tajuk buku : menjejak cinta Ilahi
penerbit : Kemilau Sdn Bhd (pnjam kejap eh untuk design2 dan bagi nampak real skit. hehe... jgn marah)

sebelum tu.... ini lah gambar yang telah disnap sambil lalu-lalang pergi balik kelas.



setelah ralit mengedit dengan power point dan photoscape, inilah yang berjaya dihasilkan walaupun tak 'gah' mcm kwn2 saya buat.


muka depan




tulang buku 


belakang
masih menggunakan gambar yang sama untuk kulit belakang, cuma saya guna mirror untk menterbalikkannya + Jitter.






* apabila tengok kepada kulit buku motivasi ni, agak-agak anda ter'motivasi'  nak beli tak?  hehe =)

Monday 14 May 2012

Jenis-jenis Pengajaran yang Tidak Menggunakan Projektor (Teknologi Dalam Pendidikan)



 antaranya:

gambar
carta
glob dan peta 
objek
 buku teks
bahan-bahan edaran
papan mengajar
kerja luar

GAMBAR



 poster



lukisan 


gambar pegun



CARTA


 gambar rajah


 carta

carta flip



GLOB DAN PETA

 peta


glob



OBJEK

 model 3D


 spesimen


contoh realia



PAPAN MENGAJAR

 
papan hitam


papan putih



papan kenyataan


* jenis-jenis media pengajaran yang tidak menggunakan projektor masih lagi relevan digunakan dan sememangnya perlu digunakan khususnya dalam pengajaran subjek geografi kerana konsep geografi adalah abstrak.

oleh itu, jadilah guru yang kreatif dan berinovasi untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran ye cikgu-cikgu sekalian... =)

Sunday 6 May 2012

Media pengajaran yang tidak menggunakan projektor dalam Geografi (Teknologi Dlam Pendidikan)

Pada tutorial ke-5 baru-baru ni yang xberapa nak baru dah ni, Pn. Fariza ada membincangkan tajuk yang ringan-ringan sebelum balik kampung (cuti! hehe), iaitu media tradisional yang digunakan dalam pengajaran.Namun, saya ingin berkongsikan mengenai penggunaan media pengajaran tradisional yang lebih berfokuskan kepada subjek Geografi sahaja. 

Walaupun hari ini telah banyak teknologi yang canggih (projektor) yang boleh digunakan dalam pengajaran-pembelajaran Geografi, namun pada saya penggunaan bukan projektor juga dilihat penting dalam konteks kepelbagaian pelajar. Media pengajaran ini bertindak sebagai alat sokongan dan peneguhan kepada penjelasan yang tepat tentang beberapa konsep, generalisasi, dan prinsip geografi yang sukar.


PERANAN MEDIA PENGAJARAN

1. Meransang dan memotivasikan minat yang mana konsep-konsep sukar sesuatu pelajaran akan dipermudahkan dan lebih senang difahami.

2. Memperkembangkan kefahaman dan corak pemikiran apabila penerangan guru bersama-sama penggunaan media pengajaran.

3. Mengekalkan pembelajaran dengan penggunaan gambar dan peta yang dapat memudahkan pemahaman dan andaian pelajar.

4. Menyediakan serta memberi pengalaman, sebagai contoh apabila melibatkan topik bentuk muka bumi gunung berapi.

5. Menambah ingatan pelajar.

6. Membantu pengajaran guru dalam mempelbagaikan pengajaran.

7.Meransang kegiatan murid-murid dan penyiasatan yang lebih mendalam.






Wednesday 2 May 2012

GEMPA BUMI

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan beberapa gegaran gempa bumi di Acheh antaranya pada 11 April dan 24 April 2012. Gempa  bumi tersebut berlaku pada skala richter 8.9, dan kekuatannya dapat dirasai sehingga ke Malaysia. 


Jika kita lihat kepada sejarah, iaitu pada 27 Julai 1976 di Tangshan, China, satu gempa bumi besar berlaku yang menyebabkan 255,000 orang terkorban. Dalam tragedi itu, dianggarkan 690,000 orang dilaporkan  cedera serta bangunan hilang dalam sekelip mata. Skala kemusnahan sukar digambarkan tetapi semua skala gempa bumi terus berlaku sepanjang masa. 



APA YANG DIKATAKAN DENGAN GEMPA BUMI?

GEMPA bumi ialah gegaran bumi yang disebabkan oleh rekahan dan penganjakan sebahagian besar lapisan luar batuan bumi secara tiba-tiba. Pengolakan tenaga penyebab terjadinya gempa bumi akibat daripada pergerakan plat-plat tektonik. Tenaga yang dihasilkan dialirkan ke semua arah berupa gelombang gempa bumi sehingga kesannya dapat dirasakan sehingga ke permukaan bumi.


Proses Gempa
 
Proses perekahan oleh sesar atau penyesaran boleh dibandingkan dengan pergeseran dua bahan yang tegar di antara satu sama lain. Penyesaran di sepanjang sempadan di antara bahan atau blok boleh melambatkan atau memperlahankan blok tersebut. Tetapi bila berlaku perekahan maka pergerakan tersebut boleh mempengaruhi kawasan di sepanjang sempadan. Ia adalah sama seperti keping-keping litosfera yang bergerak dan berselisih antara satu sama lain secara perlahan melalui pergeseran sepanjang sempadannya. Kesimpulannya, batu di sepanjang sempadan mengalami peregangan (perubahan akibat daripada regangan). Apabila regangan pada batu melampaui daya batu tersebut, maka berlaku perekahan yang membentuk sesar.            

Sesar adalah rekahan yang panjang pada batuan di mana ia telah teranjak atau berpindah tempat di mana satu bahagian pada rekahan itu telah teralih daripada satu bahagian lagi. Patahan pada batu secara tiba-tiba membentuk gelombang gempa bumi atau gelombang seismik dan dikenali sebagai tahap pertama dalam manilai risiko gempa bumi (seismik) dalam sesuatu kawasan.
Jenis-jenis sesar adalah berdasarkan kepada arah pergerakan kepingan. Sesar strike-lip adalah sesar yang teralih secara mendatar, dikenali juga sesar lateral-kanan di mana kepingan bahagian kanan bergerak sepanjang jalur sesar. Jika lateral-kiri, ia bergerak pada bahagian kiri. Sesar yang bergerak secara menegak boleh jadi sesar songsang atau sesar normal bergantung kepada peralihan secara geometri.       

 Pergerakan sesar boleh berasosiasi dengan 'crustal shortening', begitu juga dengan pergerakan sar normal yang berasosiasi dengan 'crustal extension'. Terdapat juga sesar tenggelam (buried faults) di mana ia biasanya berasosiasi dengan batuan terlipat. Peralihan dan perekahan oleh sesar tenggelam tidak tersebar di permukaan walaupun dengan gempa bumi besar. 


nak tengok video?


Jenis-jenis Gempa Bumi


Gempa bumi tektonik

Gempa bumi tektonik disebabkan oleh perlepasan tenaga yang terhasil daripada geseran batuan di keretakan memanjang sepanjang batuan sempadan plat tektonik. Tenaga dihasilkan oleh tekanan antara batuan dikenali sebagai kecacatan tektonik. Kesan ini adalah seperti gelang getah ditarik dan dilepaskan dengan tiba-tiba.



Gempa bumi gunung berapi

Gempa bumi gunung berapi berlaku berdekatan dengan gunung berapi tetapi mempunyai cara keretakan memanjang yang sama dengan gempa bumi tektonik. Gempa bumi gunung berapi disebabkan oleh pergerakan magma ke atas dalam gunung berapi, di mana geseran pada batu-batuan menghasilkan gempa bumi.
Semasa magma bergerak ke permukaan gunung berapi, ia bergerak dan memecahkan batu-batuan. Ia mengakibatkan gegaran yang berterusan yang boleh bertahan dari beberapa jam hinggalah beberapa hari.


 


Gempa bumi gunung berapi berlaku di kawasan yang berdekatan dengan gunung berapi, seperti Pergunungan Cascade di barat Laut Pasifik, Jepun, Tanah Tinggi Iceland, dan titik merah gunung berapi seperti Hawaii.


Gempa bumi berlaku setiap hari di bumi, tetapi kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan kerosakan. Gempa bumi yang kuat mampu menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa yang besar melalui beberapa cara termasuk retakkan pecah (fault rupture), getaran bumi (gegaran) banjir disebabkan oleh tsuami, empangan pecah, pelbagai jenis kerosakan muka bumi kekal seperti tanah runtuh, tanah lembik, dan kebakaran atau perlepasan bahan beracun. 

 

 Dalam gempa bumi tertentu, sesuatu cara kemusnahan lebih menonjol, dan dalam sejarah setiapnya menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa yang teruk, tetapi kebanyakan gempa bumi, gegaran merupakan paling menonjol dan juga merupakan punca utama kerosakan.Gempa bumi boleh mencetuskan tanah runtuh, menyebabkan kerosakan serta kehilangan nyawa dan sekiranya ia terjadi di dasar lautan. Ia boleh mencipta siri ombak besar pemusnah yang dikenali sebagai tsunami atau ombak laut seismos seperti yang melanda Acheh pada 26 Disember 2004.



*renungan:
segala penyakit, ujian, dan musibah adalah datang dari Allah. Maka berlindunglah kepada-Nya.
nk share doa skit.
Add caption



    Thursday 5 April 2012

    Geografi?






    Geografi ialah kajian tentang lokasi, taburan, kekerapan dan interaksi semua unsur penting manusia dan alam sekitar di permukaan bumi dan apa yang ada di atasnya. 
    Perkataan gegrafi berasal dari bahasa Greek γη (ge) atau γαια (gaia) ("Bumi") dan γραφειν (graphein) ("menulis"). 

          Dua bidang utama dalam geografi ialah geografi fizikal yang menumpukan pada sains bumi, dan geografi manusia yang memfokuskan kepada sains sosial ataupun aspek bukan-fizikal.

    Geografi fizikal adalah cabang geografi yang membincangkan tentang keadaan fizikal bumi, antaranya ialah: 
     
    1. Bumi sebagai satu sistem
    2. Batuan                                     
    3. Laut dan lautan
    4. Iklim
    5. Luluhawa
    6. Ekosistem
    7. Tumbuhan dan haiwan liar.